Maklumat Korporat
Fungsi
Piagam Pelanggan
Skim Perkhidmatan
Pekeliling
Program & Aktiviti
Emel / Telefon
Soalan Lazim
Galeri Foto
Bilangan Transaksi Perkhidmatan Online
Laporan Tahunan SPKP
Kalkulator Perkhidmatan

Pautan

 
Print
Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) adalah Suruhanjaya Perkhidmatan yang melaksanakan tanggungjawab sebagaimana termaktub di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukarkan dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas pegawai-pegawai bagi perkhidmatan di bawah bidang kuasanya.

Perkhidmatan SPKP
Pengumuman Terkini

MESYUARAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN KE-123 PADA 11 MAC 2014 DI WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya kali ke-123 pada 11 Mac 2014 di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Mesyuarat talah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi SPKP dan dihadiri Ahli-Ahli SPKP iaitu YBhg. Peguam Negara, YAA Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia, YAA Hakim Besar Malaya, YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YA Hakim Mahkamah Rayuan serta YA Hakim Mahkamah Tinggi. Mesyuarat turut dihadiri YBhg. Datuk Ramli Juhari, Setiausaha SPKP, Jemaah Pegawai SPKP iaitu YBhg. Peguam Cara Negara, YBhg. Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Pihak SPKP telah menimbang dan membuat keputusan melibatkan 150 Pegawai Undang-Undang pelbagai gred bagi urusan Pelantikan Pegawai Undang-Undang, Kenaikan Pangkat, Pemangkuan, Pelepasan Peminjaman dan Tindakan Tatatertib. Selain itu, sebanyak 36 kertas pertimbangan Suruhanjaya secara edaran (e-Circulation SPKP) dan urusan pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen serta penetapan gaji permulaan oleh Jemaah Pegawai SPKP telah diratifikasikan oleh Suruhanjaya.
 
 
Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan
Aras 10, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 PUTRAJAYA
Tel: 03-8885 6335 Faks: 03-8888 5037


Anda pelawat yang ke- : free page hit counter
sejak 20 April 2010

Tarikh kemaskini: 02 Disember 2013

... Dasar Privasi :: Dasar Keselamatan

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.
Hakcipta TerpeliharaŠ 2010 Laman Web Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. Sesuai dipaparkan menggunakan IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.